Friday, 14 November 2014

Berkorban Dalam Cinta.


Assalamualaikum.

Maaf lama tak update belog. yang penting kualiti entry bukan kuantiti. aceh ceh poyo :P



Aku doakan kau bahagia. takpaa, aku redha dan aku ikhlas. Jgan risau yea :')


Kenapa kau buat camni? kau tak jujur ngan hati kau. kau tak ikhlas selagi perasaan kecewa tu ada dalam hati kau. Tell me the truth. Kalau kau ikhlas, kau takkan ade perasaan tuh. Jgan bohong perasaan kau. Pleasee ?


Kau tau cinta perlukan pengorbanan kan? Ada yang berkorban tenaga, berkorban duit, berkorban masa. Yang pasti, lebih ramai yang berkorban perasaan. Selagi takde pengorbanan dalam perhubungan, takkan ade istilah kasih, sayang lebih-2 lagy cinta. Hope kau faham.


Tapi kenapa kau yang kena berkorban ? kenapa bukan dia? kenapa bukan aku?


Aku berkorban untuk kau sebab kau sahabat aku. dan sebagai seorang sahabat, aku nak tengok kawan baik aku nih bahagia. aku berkorban untuk dia sebab aku tau dia sayangkan kau jugak dan aku nampak dia rasa bahagia bila di samping kau. dan aku berkorban dengan perasaan aku sendiri sebab aku tahu sejauh mana aku berharap, takde ruang di hati dia untuk aku. lebih baik aku move on and cuma mengenali lelaki yang lebih baik daripada dia. aku nak kau tahu satu perkara, cuma kau dalam hati dia :')


Hm.


Jaga dia baik-2. jangan buat dia menangis. sentiasa ada kat sisi dia saat jatuh dan bangun. tegur bila dia buat salah. beri yang terbaik untuk dia ye. aku mohon kat kau, jaga dia baik-2. dia bukan untuk aku.



Kecundang dalam percintaan. sakit dalam kerinduan. berharap dengan penuh harapan. menangis dalam tangisan. punah semua, hati berderai.

Berharap semoga pengorbanan ni tak sia-2. Kadang kadang mengalah bukan bermakna kita kalah tapi kita taknak terus berharap sedangkan harapan tu jauh dia ibarat rumput dan KLCC, ibarat langit dengan bumi.

Sesiapa yang pernah alami, mohon kuatkan hati, tabahkan jiwa, jangan mengalah :) hidup ni terlalu indah untuk menangisi perkara yang sama. bukalah mata, bukalah pintu hati, in syaa Allah semuanya okey je. selalu lah ingat, Adam diciptakan untuk bersama dengan Hawa. That means every people have their own partner. Only sooner or later. Peace ^~^

Tuesday, 28 October 2014

I'm Still Hopingg.



Assalamualaikum.



Menunggu seseorang yang tidak pernah menyedari dan menghargai diri kita ibarat menjerut tali di leher sendiri. Penantian beserta harapan. Harapan semoga pintu hatinya akan terbuka pula sama macam menggesek leher di atas dawai yang tajam. Ye. semuanya menyakitkan diri kita sendiri kan?

Bila kau nak sedar kewujudan aku? sampai bila kau nak abaikan aku?

Soalan tu sentiasa bermain di minda kan? Kadang kadang rasa sakit tu sampai dah takda lagi air mata dan tangisan untuk dikeluarkan. sebab yang ada cuma rasa kesal dan bodoh.

Kenapa aku bodoh sangat tunggu dia? sedangkan dia dah bahagia dengan orang lain. dia tak perlukan aku dalam hidup dia. Bila aku berharap, aku rasa macam aku bodohkan diri aku sendiri. Tersenyum bila tengok dia bahagia dengan orang lain sedangkan dalam hati menangis pilu. Tuhan saja yang tauu. Dia dah kenal dengan perempuan/lelaki tu berapa lama? baru kenal tapi nampak dah sayang sangat. aku yang ada depan mata bertahun lama, kau tak perasan pon. Kau kejam. Sumpah aku cakap.

Tapi duhai hati, bukan dia saja yang kejam tapi kau juga kejam. kenapa aku pulak? Ye kau kejam pada diri kau sendiri. kau tau takkan ada sirna harapan untuk kau lagi jadi kenapa mesti kau tunggu lagi? kenapa mesti kau siksa hati sendiri? kenapa kau terus macam ni? apa salahnya kalau kau kuatkan hati dan berlalu pergi? Azam di jiwa takkan berpaling pada kisah yang lama. Bukakan mata dan hati dengan lebih luas supaya kau sedar dalam dunia ni kau masih ada banyak pilihan. Pilih insan lain yang lebih baik daripada insan lama yang kau tunggu dulu. Insan baru yang lebih menghargai, menyayangi dan menghormati perasaan kau.

Dia dah bahagia dengan hidup dia. kau bila lagi?
Dia dah mampu bergurau senda dengan orang yang tersayang, takkan kau nak "kunci" kesedihan tu dalam kehidupan seharian kau?

Dia manusia, kau juga manusia.
Masing masing berhak hidup bahagia. Bahagia tu perlu dicari. Pilih lah dengan betul.